Satu perkara lucu yang aku sedari secara tidak sengaja semenjak aku meningkat dewasa ialah situasi di mana mengingati tajuk-tajuk lagu yang aku pernah dengari telah menjadi agak sukar, tidak kiralah sama ada dari kugiran yang sudah lama aku minati atau yang baru mahu berjinak dengan citarasa aku. Nampaknya neuron-neuron otak sudah mula menunjukkan kegagalannya untuk mengekalkan memori dengan cekap.
kotak hitam segi empat sama yg saiznya setinggi rumah 2 tingkat, lebarnya seperti sebijik kereta limosin panjang itu ditatap, lemah penuh kehinaan. sulaman kain litupnya bersulamkan emas tulen, ditukar sekali setiap tahun. dibuat khas di kilang tidak berapa jauh dari rumah paling suci dalam dunia itu, yang kemungkinan kilang itu beroperasi hanya sekali setahun jugak. barangkali perlu appointment in advance satu bulan kiranya berhajat menjengah proses pembuatan kelambu Kaabah itu. ah selesa betul mereka hidup di tanah haram itu. sangat sangat dekat dgn rumah suci itu, minyak satu liter lagi murah dari secawan kopi anda, tanah penuh barakah, diberkati, dan dilimpahi kesenangan.
ku rasa asing, janggal, dan tidak keruan. tenggelam dalam lautan manusia. esakan manusia perkara biasa di dataran kotak hitam itu. di setiap penjuru kelihatan setiap makhluk tuhan tekun membaca kitab suci, di selang seli dgn titisan air mata, tanpa dibezakan mazhab. di depan Multazah, manusia berkerumun, menunaikan solat sunat, berdoa tanpa henti. selesai sudah dgn pusingan tawaf yang terakhir, ku sertai lautan manusia itu di depan pintu emas Multazah, buat muka tak tahu malu meminta macam-macam. terasa loser dan lemah. tersentak, hamba ini mmg dilahirkan lemah, tiada pengharapan yg lain kecuali pengharapan kepada-Mu.
ku pohon dijemput sekali lagi ke rumah sucimu itu, andai aku punya rezeki. ku pohon kau meletakkan aku di landasan yg benar, andai aku tersasar. ku pohon kau teguhkan pegangan aku, andai aku goyah. ku pohon kau berada di sisiku, andai aku keseorangan. ku pohon kau berikan aku kesusahan, andai aku leka dalam kesenangan.
Tempoh hari aku terbaca tagline 'poor and hungry' yang menjadi tajuk entri kali ini, walaupun aku sudah lupa dari mana, dan dengan sukacitanya aku ingin mengumumkan bahawa aku sedang mengalami dua fasa tersebut serentak pada saat ini.
"It is easier to blame others than to look inward, to see what is different about someone than to find the things we share. But we should choose the right path, not just the easy path."
Sekadar dalam kes (just in case) ada sesiapa yang membuka blog ini dengan harapan ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang aku, ini satu fakta tentang aku.
Oleh kerana entri lepas aku ada mengatakan bahawa aku sedang menanti pesanan cakera Little Big Planet: GOTY Edition tiba, di entri ini pula aku ingin menyatakan bahawa cakera bluray itu sudah sampai di pintu rumah bersertakan osemness (awesomeness) yang tidak terhingga. Gembira tidak kepalang aku pagi tadi. PS3 tidak terpadam sejak pagi tadi (jam 11 pagi) hingga sekarang (jam 4 pagi) kerana asyik bermain permainan tersebut. Terlalu mengasyikkan dan adiktif. Aku syorkan kamu semua yang membaca entri ini harus cuba bermain LBP!
For good or for worse...
Kadang aku tidak mengerti mengapa gejet-gejet terkini bagai terkena sumpahan yang mana setiap gajet itu perlu ada elemen sentuh padanya barulah nampak moden. iTouch? uTouch? weTouch? Whatever.
Bagi aku elemen input yang normal seperti papan kekunci yang aku guna untuk menaip entri-entri di sini jauh lebih relevan dari menaip menerusi elemen sentuh pada skrin sebesar tapak tangan (lebih kurang) dan perlu ditaip satu persatu hurufnya pada kadar kelajuan siput mengengsot (berdasarkan kesah sebenar). Kadang-kadang dirasakan sudah cukup perlahan, tetapi kerana ruang menyentuh yang terlalu kecil akan menyebabkan typo yang tidak terbatas. Tekan H keluar G, tekan R keluar T. Whatever.
Tidak, ini bukan serangan terhadap fanboy-fanboy Apple (iTouch? iPhone?) dan seangkatan dengannya (henfon Haptic?). Ini satu kebenaran. Jika setiap gejet yang akan keluar di masa depan perlu ditempelak dengan elemen sentuh, alamatnya tidak akan ada lagi bebutang atau kekunci. Dunia akan kelihatan rata sahaja!
But anyway, what the heck. Aku akan terus menaip dengan papan kekunci.
