Seperti sesuatu yang telah diatur, setiap kali aku tiada perkara yang bermain di fikiran, selagi itulah aku tidak akan ada apa-apa perkara untuk ditaip. Atau mungkin sekiranya ada sekalipun, sukar sekali untuk aku mengarang walaupun sepatah ayat.
Kenapa entri aku yang di bawah ini berbaur macam seorang mata duitan?
Kalau berborak dengan sahabat baek dari kecil dan beliau bercerita tentang gaji pertama beliau kini yang bernilai sekitar RM 9000~10,000 untuk hanya tempoh dua minggu berkerja, macam mana aku boleh tidak teringinkan kerja yang serupa juga?
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Surah Ar-Rahman, ayat 34 (dan diulang beberapa kali)
Today's Sunday, and today I have this great feeling of joy knowing that this is actually how a Sunday should be (for me) after all this time. This is not an ordinary Sunday like all the Sundays I've had throughout the year. Because finally I have the time to actually sit with my guitar and play randomly for hours. Finally I have plenty of times that are not filled with worry about homeworks and some other stuffs. It's really one big relief, as if all the burden on my shoulders are gone, similar to that feeling you get when you finally able to drench your body into a hot tub after a long day of work. Except that I don't get wet for this.
Tempoh hari aku mengalami situasi yang agak sukar (dan mungin lucu juga jika dilihat dari sudut peribadi).
Sepatutnya aku menolak turun entri sebelum ini yang kononnya sedih terlebih awal tetapi apakan daya aku masih belum ada apa-apa idea menarik untuk ditulis. Well in fact, aku sebenarnya tak memerlukan idea menarik sangat pun untuk menulis sesuatu, tetapi kadang-kadang bosan juga bila membaca penulisan yang tiada isi, bukan? Kalau guru Bahasa Melayu aku di MRSM dahulu membaca hasil penulisan aku di sini, sudah tentu dia kecewa. Ini sajakah kemampuan dan hasil dari anak muridnya yang satu masa dahulu sering menerima A1 dalam peperiksaan Bahasa Melayu?
Satu perkara lucu yang aku sedari secara tidak sengaja semenjak aku meningkat dewasa ialah situasi di mana mengingati tajuk-tajuk lagu yang aku pernah dengari telah menjadi agak sukar, tidak kiralah sama ada dari kugiran yang sudah lama aku minati atau yang baru mahu berjinak dengan citarasa aku. Nampaknya neuron-neuron otak sudah mula menunjukkan kegagalannya untuk mengekalkan memori dengan cekap.
kotak hitam segi empat sama yg saiznya setinggi rumah 2 tingkat, lebarnya seperti sebijik kereta limosin panjang itu ditatap, lemah penuh kehinaan. sulaman kain litupnya bersulamkan emas tulen, ditukar sekali setiap tahun. dibuat khas di kilang tidak berapa jauh dari rumah paling suci dalam dunia itu, yang kemungkinan kilang itu beroperasi hanya sekali setahun jugak. barangkali perlu appointment in advance satu bulan kiranya berhajat menjengah proses pembuatan kelambu Kaabah itu. ah selesa betul mereka hidup di tanah haram itu. sangat sangat dekat dgn rumah suci itu, minyak satu liter lagi murah dari secawan kopi anda, tanah penuh barakah, diberkati, dan dilimpahi kesenangan.
ku rasa asing, janggal, dan tidak keruan. tenggelam dalam lautan manusia. esakan manusia perkara biasa di dataran kotak hitam itu. di setiap penjuru kelihatan setiap makhluk tuhan tekun membaca kitab suci, di selang seli dgn titisan air mata, tanpa dibezakan mazhab. di depan Multazah, manusia berkerumun, menunaikan solat sunat, berdoa tanpa henti. selesai sudah dgn pusingan tawaf yang terakhir, ku sertai lautan manusia itu di depan pintu emas Multazah, buat muka tak tahu malu meminta macam-macam. terasa loser dan lemah. tersentak, hamba ini mmg dilahirkan lemah, tiada pengharapan yg lain kecuali pengharapan kepada-Mu.
ku pohon dijemput sekali lagi ke rumah sucimu itu, andai aku punya rezeki. ku pohon kau meletakkan aku di landasan yg benar, andai aku tersasar. ku pohon kau teguhkan pegangan aku, andai aku goyah. ku pohon kau berada di sisiku, andai aku keseorangan. ku pohon kau berikan aku kesusahan, andai aku leka dalam kesenangan.
